Monday, 5 September 2016

WAITING PERIOD TAKAFULo

Assalammualaikum. Hai semua,.

Hari ni Zara nak berkongsi sikit perkara yang biasa pemilik-pemilik polisi ni terlepas pandang. Apa dia ek. Ok, Zara akan terangkan.

Perkara biasa yang korang akan terlepas pandang berkaitan Takaful adalah "Tempoh Menunggu". Walaupun ejen sudah terangkan, tapi biasalah majoriti orang akan lupa.

Apa itu "Waiting Period"? Ia adalah suatu tempoh menunggu yang diberikan oleh pengendali takaful kepada para pencarum takaful sebaik sahaja polisi "approved", sebelum anda menggunakan kad perubatan anda.

Kebiasaannya tempoh adalah selama 120 hari, bermakna jika berlaku apa-apa sakit spesifik kepada pemegang polisi semasa tempoh menunggu, maka penyakit tersebut tidak akan dicover oleh syarikat.
"Waiting Period" ni wajib ada untuk memastikan pemohon benar-benar sihat ketika memohon. Adalah sangat tidak adil jika orang yang sudah sakit boleh juga memohon dan guna kad perubatan ini on the spot.

Untuk pengetahuan korang, sakit seperti batu karang, kanser dan lain-lain tak akan terbentuk dalam badan secara tiba2. Sebagai contoh, pada hari yg ke-125 client nak dapatkan rawatan berkaitan sakit batu karang, dan bila doktor siasat, penyakit tersebut sudah terbentuk 6 bulan. Ketika ini Guarantee Letter Takaful akan reject dulu dan syarikat akan siasat. Jika terbukti client tidak tahu apa-apa berkaitan sakit tersebut, maka syarikat akan membayar balik kos perubatan (Bergantung kepada kes).

Oleh kerana itu, semua ejen mempromosikan "Ambillah Takaful secepat mungkin kerana kita tidak tahu bila dugaan akan datang, dan ketika mana bila korang dah sakit, korang dah tak layak untuk memohon Takaful. 

Boleh faham tak setakat ni. Kalau tak berapa faham dan perlukan penjelasan lebih lanjut, jangan segan2 boleh hubungi saya, inshaallah kita set satu masa dan berjumpa. Saya akan kongsikan Medical Plan Takaful Ikhlas memang berbaloi. Nak tau kenapa.. 

Jom Hubungi Zara

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

Sunday, 4 September 2016

KERANAMU SAHABAT

Assalammualaikum, salam ikhlas dari Zara. Sebenarnya takde idea sangat nk tulis, so Zara ingat nak share sikit tentang seorang sahabat. Sebelum ni Zara ada kongsikan kisah sejarah atau bagaimana permulaan Zara terjebak dengan Takaful Ikhlas ni kan. Hari ni Zara nak kenalkan kat korang sapa yang ajar dan bimbing Zara dari mula hinggalah Zara sekarang dah bergelar Agen Takaful Ikhlas yang berdaftar.

Macam yang korang sedia maklum, pada asalnya Zara cari Takaful Ikhlas ni atas 1 sebab kan. Dan sebab tu (Hanya Aku Yang Tahu). hehe.. Tak perlu dikongsikan lah yer. Sebab cerita sekarang ni, bukan tentang Zara, tapi kawan Zara yg sorang ni. Namanya Siti Jamaiyah Hasim. Zara panggil dia Jem. Tapi sahabat Takaful panggil dia Siti. Tak kisahlah kan, janji orangnya sama. 

Kalau tak salah Zara dulu dia bekerja di sebuah bank. Takaful ni dia hanya buat sekadar 4time, tapi beberapa tahun kemudian, Siti ni decide nak buat Takaful Ikhlas ni secara fulltime. Dia ni memamg rare kalau korang nak tau. Zara anggap dia macam wanita serba bolehlah. Korang kenal lipas, dia mcm tulah.. ke sana sini, bukan sorg tau. tapi bersama 3 anak keciknya. Korang rasa? 

1st time Zara jumpa dia, dia amik Zara kat umah, dalam keta dia, beby kecik kat depan, 2 org anak lagi kat belakang. Sesat jalan cari umah Zara tak jumpa. Sejam kemudian baru jumpa, Punyalah payahnya tapi dia redah gak. Memang Wanita Besi lah dia ni. Dan bila Zara follow dia, seriusly banyak dah award yang dia dah achieve.. Bukan award yang dipentingkan sebenarnya, tapi semangat dia dalam usaha ingin membantu orang di luar sana, memang sangat2 Zara kagum. 

Banyaklah dia ajar Zara, InshaAllah akan dipraktikkan. Zara akui, masih baru dan masih lagi belajar bab ilmu Takaful ni. Tapi satu je Zara nak bagitau kat korang, baru tau dengan tak tau langsung banyak bezanya. Kalau dulu orang tanya Zara, tau tak apa itu insurans. Tahu. ( Dalam nada berlagak) Zara jawab insurans tu skim perlindungan. Orang tanya lagi, penah dengar tak Takaful.. Pernah. Apa itu Takaful? Zara jawab insurans.. Korang rasa bengang tak orang yang tanya Zara tu. Minta maaflah, dulu Zara jahil, Tak pernah nak amik tau. Sekarang bila dah kenal, dah tau. Baru rasa menyesal kenapa sebelum ni tak penah nak amik tau. 

Dalam mindset Zara kalau aku dengar dia ni terangkan pasal insurans, confirm aku kena amik. Sebenarnya tak guys,, Korang jangan risau. Tugas kami hanya berkongsi. Zara tau dan ramai tau, terlalu banyak skim insurans kat luar sana, dan ramai tau pentingnya insurans tu kan. Luangkanlah beberapa minit dengar penerangan kami dari Takaful Ikhlas, satu-satunya Sistem patuh Syariah. Kenapa kalau kita beli kereta ada insurans, rumah ada insurans..Sebab mahukan perlindungan kan tapi kenapa taknak sediakan perlindungan @ insurans untuk nyawa kita sendiri. 

Ubahlah mindset, alhamdulilah sedikit sebanyak Zara terdedah dgn ilmu insurans ni dan seriusly mmg nak kongsi ngan korang. Banyak manfaat untuk kita dan keluarga sebenarnya. 

Banyak dah Zara berceloteh, kering dah anak tekak. sebelum Zara akhiri cite ni, Zara mohon maaf lah pada korang kalau2 ada kata yang Zara tulis menyinggung atau apa ke. Zara hanya sekadar berkongsi. Kalau korang nak tau apa itu Takaful Ikhlas, jangan segan2 boleh je hubungi Zara, kita sembang2 bertukar2 pendapat cerita. InshaAllah semoga dengan perkongsian kita dapat memberikan manfaat untuk kita bersama. amin..

Akhirulkalam, inilah dia sahabat Zara.

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

ANTARA HARTA BEKU DAN TAKAFUL

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum. Salam ikhlas dari Zara. Tengah buat apa tu? Ok bagi mengisi kekosongan masa tu, mari sama2 kita baca sikit apa itu Harta Beku dan Takaful. 

Ini pada Zara, selalu berlaku kepada mereka yang mempunyai aset, Biasanya mereka akan menganggap simpanan dan harta mereka cukup bagi menampung kehidupan keluarga setelah ketiadaannya. Tetapi mereka tidak sedar, bukan begitu mudah, harta atau aset itu hendak dipindah milik. Ok, Kat sini Zara akan terangkan yer. 

Apabila seseorang individu muslim itu meninggal dunia, maka semua wang simpanannya di Bank, Tabung Haji, ASB, KWSP dan semua hartanya seperti syarikat, rumah, lot kedai, tanah serta saham-saham akan beku.

Tapi, dia dh letak PENAMA katanya, Bagaimana?

Untuk pengetahuan kita semua, PENAMA hanyalah berkuasa sebagai PEMEGANG AMANAH sahaja. Dia bukan penerima mutlak 100% harta tersebut. Dia perlu mengumpulkan semua waris si mati dan menguruskan harta tersebut secara pengagihan faraidh. (Jika si mati tiada buat wasiat). 

Tahukah Anda?

Proses untuk dapatkan sijil faraidh ambil masa terlalu lama sehingga berbulan-bulan dan boleh makan bertahun kerana perlu kumpulkan semua adik beradik atau anak-anak (Waris si mati).

Persoalannya di sini, bagaimana tentang komitmen bulanan si mati? Apabila dia telah meninggal dunia, bagaimana si isteri atau anak-anak ingin jelaskan semua komitmen bulanan si mati. Loan kereta, loan rumah, perbelanjaan harian keluarga dan pendidikan anak-anak bagaimana? Duit simpanan dan harta dah beku. Siapa yang boleh bantu isteri dan anak-anak si mati itu? Bagaimana masa depan keluarga tersebut?

Hanya ada satu institusi kewangan Islam sahaja yang dapat bantu keluarga tersebut. Institusi tersebut adalah Takaful Ikhlas. Jika si mati ada menyertai pelan Takaful Ikhlas yang bernilai Rm500,000 atau 1 juta, maka pampasan tersebut tidak akan beku dan tidak akan masuk dalam proses pengagihan harta pusaka secara faraidh. 

Pihak Takaful akan membayar jumlah pampasan tersebut terus kepada penerima Hibah (isteri @ anak-anak). Proses tuntutan pampasan tidak lebih 14 hari dan tidak terlalu rumit (Jika semua dokumen yang diperlukan lengkap). 

Apa itu Hibah? Zara ada terangkan di dalam penulisan sebelum ini. Jadi di sini, kesimpulannya Zara boleh katakan pentingnya Skim Perlindungan pada setiap individu tak kisah lah korang kaya ke berpendapatan sederhana ke. Semua itu boleh dibincangkan dan kita sama-sama membantu supaya semua orang di luar sana mendapat manfaat yang sama. 

Free Consultation & Free Quotation. 

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

KISAH PUAN ZUNAIDAH

Assalammualaikum. Salam Ikhlas dari Zara untuk semua. Dah banyak rasanya Zara tulis dan kongsikan serba sedikit penerangan tentang apa itu Takaful Ikhlas.

Hari ini, Zara nak berkongsi cerita kisah seorang isteri iaitu Puan Zunaidah yang telah kehilangan suami tercintanya akibat lemas di Pantai Puteri ketika keluar menyanggal udang. Ini kisah benar ye semua, di petik dari petikan akhbar Berita Harian.

Alhamdulilah, beliau sekeluarga adalah merupakan pemegang polisi dari Takaful Ikhlas. Terpancar raut wajah kesyukuran dan kelegaan Pn, Zunaidah setelah menerima pampasan dari pihak Takaful Ikhlas. Walaupun orang kata, wang tidak dapat menggantikan nyawa, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan beban Pn Zunaidah sekeluarga dalam meneruskan hidup dan membesarkan anak2 beliau.

Ini adalah salah satu kisah benar yang kita boleh jadikan tauladan. Persediaan awal itu penting. Bukan hanya untuk diri sendiri, tapi sebenarnya lebih kepada mereka, keluarga, ank dan isteri, suami. Untuk hari ini, mungkin kita masih ada bersama mereka, esok belum tentu.

Pada semua yang ingin tahu lebih lanjut tentang "Income Protection" ni , bolehlah borak2 dengan Zara, minum kopi secawan, mee sepinggan. Wahh gitu, kita sharing sama-sama.

Free Consultation & Free Quotation. Jangan segan bertanya.

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

BADAL HAJI

Untuk penulisan kali ini, Zara ingin menerangkan kepada semua apa itu Badal Haji. Seperti yang ramai sudah sedia maklum, Takaful Ikhlas menawarkan khidmat Badal Haji kepada pemegang polisi sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh pada pihak peserta walaupun tempoh polisi belum sampai tempoh matang. Peluang ini menjadikan semua peserta Takaful Ikhlas berpeluang menunaikan kewajipan Haji bagi umat Islam walaupun sudah ilat kekal menyeluruh mahupun sudah meninggal dunia.

Apa itu Badal Haji?

Badal ertinya 'Ganti', 'Pengganti' atau yang 'Digantikan'. Oleh itu Badal Haji adalah menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana ada halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan Rukun Islam ke 5 ini.

Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97 :-

Maksudnya :- "Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang memasukinya amanlah dia. Hanya untuk Allah lah kewajipan Haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan; dan sesiapa yang kafir (engkar), sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam".

So sahabat-sahabat Zara semua, dengan perkongsian ni Zara harap dapat membuka mata dan hati semua, dimana Takaful Ikhlas memamg sangat berbaloi untuk di miliki bukan hanya sekadar untuk perlindungan diri, malah Takaful Ikhlas juga menawarkan khidmat yang Zara rasa tak rugi untuk kita ambil.

Setakat ini sahaja, andai ada sebarang persoalan, jangan segan2, boleh tinggalkan komen, nama dan no fon korang atau korang boleh terus Whatsapp Zara k.

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

Saturday, 3 September 2016

KONSEP DAN MANFAAT TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan perlindungan dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupkan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa Hadith Rasulullah S.A.W. Diantaranya ialah :

1) Dalil Kerjasama

** Dan tolong-menolonglah kamu (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. ( Al-Maidah :2)

** Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

2) Dalil Tanggungjawab

Ibarat hubungan dan perasaan orang2 beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota lain juga akan merasainya (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

3) Dalil Saling Melindungi

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

4) Memahami Kontrak Takaful

Meskipun konsep insurans dibenarkan dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalah takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis aqad (kontrak) utama. Ianya adalah Kontrak Tabarru' ( Derma) dan Kontrak Wakalah (Wakil) yang bebas daripada sebarang unsur Riba'(Faedah), Maisir (Perjudian) dan Gharar
(Tidak Jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

MANFAAT TAKAFUL

Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi Pelan Takaful itu sendiri. Kedua, manfaat dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'.

Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada masyarakat Muslim sahaja, malah ia turut membuka peluang dan memberi kebajikan kepada semua peserta tanpa mengira agama dan bangsa.

Ini adalah serba sedikit penerangan yang Zara boleh berikan, "Kenapa Perlu Pilih Takaful Ikhlas"
Dah ada polisi insurans? Alhamdulilah.. yang masih mencari2 Skim Perlindungan yang sesuai, jangan segan2. Boleh borak2 dengan Zara, Sharing sama2.. InshaAllah..

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

MANFAAT PAMPASAN TUNAI TAKAFUL BOLEH DIHIBAHKAN

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 bersamaaan 19 Safar 1424 Hijrah, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi Pembahagian Manfaat Takaful.

1) Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia meruoakan hak para peserta. Justeru itu, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan Syariah.

2) Status Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka Hibah akan berkuatkuasa.

3) Peserta mempunyai hak membatalkan Hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana Hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (Qabdh).

4) Peserta mempunyai hak membatalkan Hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang.

5) Borang penamaan Takaful perlu diselaraskan dan dinyatakan dengan jelas sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang dimeterai.

Bagi produk2 Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan Hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang untuk menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Kesan daripada penggunaan akad Hibah ni ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tertakluk kepada pembahagian harta pusaka @ faraidh. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Oleh itu, Hibah ini sangat membantu untuk waris2 yang memerlukan sumber kewangan untuk menyelesaikan hutang piutang si mati dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Korang dah buat simpanan? Cukup tak simpanan korang untuk 7 thn ke depan? kalau belum Zara nasihatkan berkenalan lah dgn Takaful Ikhlas kerana Takaful Ikhlas serius boleh tlg korang.

Faham tak setakat ni, kalau tak faham. jom kita seatdown sama2, Zara akan bagi penerangan lebih details.

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

HUBUNGAN HIBAH & TAKAFUL IKHLAS

Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini. 

Salah satu di antaranya ialah Hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful hanya akan berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia. Hmm mcm mana tu, nanti saya akan terangkan. 

Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ianya adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraidh atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan?

Penerangan nya akan Zara terangkan di penulisan seterusnya. Mesti korang nak tau , Hibah ni apa? 

Hibah ialah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. 

Setiap pemegang polisi insurans Takaful Ikhlas boleh menghibahkan simpanan mereka kepada yang tersayang demi memastikan anak2 dan isteri tercinta mendapat manfaat walaupun setelah pemegang polisi sudah tiada. 

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

AKU DAN TAKAFUL IKHLAS

Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Hai, nama saya Siti Zaharah. Ramai kenalan panggil sy Zara. Jadi saya bahasakan diri saya Zara lah yer. Tujuan saya menulis blog ni adalah untuk berkongsi dengan semua, bagaimana saya mula2 menceburkan diri dalam bidang Takaful Ikhlas ni. Dan juga kelebihan-kelebihan serta manfaat yang boleh korang perolehi dengan Takaful Ikhlas.

Ok, alkisahnya bermula. Zara dulu takut dengan insurans. Alergic. Nampak je Booth Insurans, sanggup lari atau pusing jauh, semata-mata nak mengelakkan dari berjumpa dgn ejen2 insurans ni. Dalam kepala otak dah set, kalau aku stop, mesti aku kena amik. Sampai macam tu Zara fikir. Korang rasa patut ke.. hehe..

Pada awal tahun 2016, tahun ni lah. Zara mencari Takaful Ikhlas, Tujuan sebenarnya ( Hanya Aku Yang Tahu). Kebetulan Zara borak2 dengan kawan sek ren Zara dulu Siti Jamaiyah Hasim. Dia ni Ejen Takaful Ikhlas. Lama dah bergiat aktif. Apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Macam tau2 je Zara nak kenal dengan Takaful Ikhlas. Borak punya borak, dari sebab (Hanya Aku Yang Tahu) tu, Zara mula jatuh hati lak dengan Takaful Ikhlas ni. Bukan pe beb, sebenarnya banyak gila manfaat yg diorang bagi pada kita. Dulu tak pernah tau sebab tak penah nak amik tau kan. Bila dah tau, rasa rugi sebab tak kenal dari dulu. Ar nilah org tua2 cakap, Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Zara pun sign up polisi insurans ni dan terus amik exam untuk jadi ejen. Boleh tahan lah bila dah lama x kena study kan tapi apapun Zara rs ok lah, still belum terlambat pun sebenarnya untuk amik polisi perlindungan diri ni. Dan bila jadi ejen ni, Zara decide sebab banyak manfaat yang Zara boleh kongsi dengan ramai org diluar sana. Bak kata orang, kalau nak berkongsi tu a.k.a bergosip ke kan tepi2 tingkap tu, kongsilah benda2 yang bermanfaat. Ada pepatah mengatakan "Nak jadi seorang manusia yang berguna itu, Jadilah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain". Zara ni taklah pandai sangat. Baru nak belajar, baru nk berjinak-jinak dengan ilmu insurans ni. Tapi jangan risau, kita boleh belajar sama2. Ilmu ni lebih bermanfaat dan berguna kalau kita kongsi bersama. Betul tak?

Oklah, rasanya setakat ni je perkongsian dari Zara, InshaAllah di masa akan datang Zara akan share lebih lagi. Kalau korang nak tau kelebihan dan manfaat2 yang Takaful Ikhlas sediakan untuk korang, stay tune k.

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
Unit NineFive0
Al-Faisal Group