Assalammualaikum dan Salam sejahtera
Hai, nama saya Siti Zaharah. Ramai kenalan panggil sy Zara. Jadi saya bahasakan diri saya Zara lah yer. Tujuan saya menulis blog ni adalah untuk berkongsi dengan semua, bagaimana saya mula2 menceburkan diri dalam bidang Takaful Ikhlas ni. Dan juga kelebihan-kelebihan serta manfaat yang boleh korang perolehi dengan Takaful Ikhlas.
Ok, alkisahnya bermula. Zara dulu takut dengan insurans. Alergic. Nampak je Booth Insurans, sanggup lari atau pusing jauh, semata-mata nak mengelakkan dari berjumpa dgn ejen2 insurans ni. Dalam kepala otak dah set, kalau aku stop, mesti aku kena amik. Sampai macam tu Zara fikir. Korang rasa patut ke.. hehe..
Pada awal tahun 2016, tahun ni lah. Zara mencari Takaful Ikhlas, Tujuan sebenarnya ( Hanya Aku Yang Tahu). Kebetulan Zara borak2 dengan kawan sek ren Zara dulu Siti Jamaiyah Hasim. Dia ni Ejen Takaful Ikhlas. Lama dah bergiat aktif. Apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Macam tau2 je Zara nak kenal dengan Takaful Ikhlas. Borak punya borak, dari sebab (Hanya Aku Yang Tahu) tu, Zara mula jatuh hati lak dengan Takaful Ikhlas ni. Bukan pe beb, sebenarnya banyak gila manfaat yg diorang bagi pada kita. Dulu tak pernah tau sebab tak penah nak amik tau kan. Bila dah tau, rasa rugi sebab tak kenal dari dulu. Ar nilah org tua2 cakap, Tak Kenal Maka Tak Cinta.
Zara pun sign up polisi insurans ni dan terus amik exam untuk jadi ejen. Boleh tahan lah bila dah lama x kena study kan tapi apapun Zara rs ok lah, still belum terlambat pun sebenarnya untuk amik polisi perlindungan diri ni. Dan bila jadi ejen ni, Zara decide sebab banyak manfaat yang Zara boleh kongsi dengan ramai org diluar sana. Bak kata orang, kalau nak berkongsi tu a.k.a bergosip ke kan tepi2 tingkap tu, kongsilah benda2 yang bermanfaat. Ada pepatah mengatakan "Nak jadi seorang manusia yang berguna itu, Jadilah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain". Zara ni taklah pandai sangat. Baru nak belajar, baru nk berjinak-jinak dengan ilmu insurans ni. Tapi jangan risau, kita boleh belajar sama2. Ilmu ni lebih bermanfaat dan berguna kalau kita kongsi bersama. Betul tak?
Oklah, rasanya setakat ni je perkongsian dari Zara, InshaAllah di masa akan datang Zara akan share lebih lagi. Kalau korang nak tau kelebihan dan manfaat2 yang Takaful Ikhlas sediakan untuk korang, stay tune k.
<3 Happy To Care <3
Zara
Takaful Ikhlas Consultant
Unit NineFive0
Al-Faisal Group
No comments:
Post a Comment