Sunday, 4 September 2016

ANTARA HARTA BEKU DAN TAKAFUL

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum. Salam ikhlas dari Zara. Tengah buat apa tu? Ok bagi mengisi kekosongan masa tu, mari sama2 kita baca sikit apa itu Harta Beku dan Takaful. 

Ini pada Zara, selalu berlaku kepada mereka yang mempunyai aset, Biasanya mereka akan menganggap simpanan dan harta mereka cukup bagi menampung kehidupan keluarga setelah ketiadaannya. Tetapi mereka tidak sedar, bukan begitu mudah, harta atau aset itu hendak dipindah milik. Ok, Kat sini Zara akan terangkan yer. 

Apabila seseorang individu muslim itu meninggal dunia, maka semua wang simpanannya di Bank, Tabung Haji, ASB, KWSP dan semua hartanya seperti syarikat, rumah, lot kedai, tanah serta saham-saham akan beku.

Tapi, dia dh letak PENAMA katanya, Bagaimana?

Untuk pengetahuan kita semua, PENAMA hanyalah berkuasa sebagai PEMEGANG AMANAH sahaja. Dia bukan penerima mutlak 100% harta tersebut. Dia perlu mengumpulkan semua waris si mati dan menguruskan harta tersebut secara pengagihan faraidh. (Jika si mati tiada buat wasiat). 

Tahukah Anda?

Proses untuk dapatkan sijil faraidh ambil masa terlalu lama sehingga berbulan-bulan dan boleh makan bertahun kerana perlu kumpulkan semua adik beradik atau anak-anak (Waris si mati).

Persoalannya di sini, bagaimana tentang komitmen bulanan si mati? Apabila dia telah meninggal dunia, bagaimana si isteri atau anak-anak ingin jelaskan semua komitmen bulanan si mati. Loan kereta, loan rumah, perbelanjaan harian keluarga dan pendidikan anak-anak bagaimana? Duit simpanan dan harta dah beku. Siapa yang boleh bantu isteri dan anak-anak si mati itu? Bagaimana masa depan keluarga tersebut?

Hanya ada satu institusi kewangan Islam sahaja yang dapat bantu keluarga tersebut. Institusi tersebut adalah Takaful Ikhlas. Jika si mati ada menyertai pelan Takaful Ikhlas yang bernilai Rm500,000 atau 1 juta, maka pampasan tersebut tidak akan beku dan tidak akan masuk dalam proses pengagihan harta pusaka secara faraidh. 

Pihak Takaful akan membayar jumlah pampasan tersebut terus kepada penerima Hibah (isteri @ anak-anak). Proses tuntutan pampasan tidak lebih 14 hari dan tidak terlalu rumit (Jika semua dokumen yang diperlukan lengkap). 

Apa itu Hibah? Zara ada terangkan di dalam penulisan sebelum ini. Jadi di sini, kesimpulannya Zara boleh katakan pentingnya Skim Perlindungan pada setiap individu tak kisah lah korang kaya ke berpendapatan sederhana ke. Semua itu boleh dibincangkan dan kita sama-sama membantu supaya semua orang di luar sana mendapat manfaat yang sama. 

Free Consultation & Free Quotation. 

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

No comments:

Post a Comment