Saturday, 3 September 2016

KONSEP DAN MANFAAT TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan perlindungan dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupkan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa Hadith Rasulullah S.A.W. Diantaranya ialah :

1) Dalil Kerjasama

** Dan tolong-menolonglah kamu (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. ( Al-Maidah :2)

** Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

2) Dalil Tanggungjawab

Ibarat hubungan dan perasaan orang2 beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota lain juga akan merasainya (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

3) Dalil Saling Melindungi

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

4) Memahami Kontrak Takaful

Meskipun konsep insurans dibenarkan dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalah takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis aqad (kontrak) utama. Ianya adalah Kontrak Tabarru' ( Derma) dan Kontrak Wakalah (Wakil) yang bebas daripada sebarang unsur Riba'(Faedah), Maisir (Perjudian) dan Gharar
(Tidak Jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

MANFAAT TAKAFUL

Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi Pelan Takaful itu sendiri. Kedua, manfaat dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'.

Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada masyarakat Muslim sahaja, malah ia turut membuka peluang dan memberi kebajikan kepada semua peserta tanpa mengira agama dan bangsa.

Ini adalah serba sedikit penerangan yang Zara boleh berikan, "Kenapa Perlu Pilih Takaful Ikhlas"
Dah ada polisi insurans? Alhamdulilah.. yang masih mencari2 Skim Perlindungan yang sesuai, jangan segan2. Boleh borak2 dengan Zara, Sharing sama2.. InshaAllah..

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

No comments:

Post a Comment