Saturday, 3 September 2016

MANFAAT PAMPASAN TUNAI TAKAFUL BOLEH DIHIBAHKAN

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 bersamaaan 19 Safar 1424 Hijrah, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi Pembahagian Manfaat Takaful.

1) Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia meruoakan hak para peserta. Justeru itu, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan Syariah.

2) Status Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka Hibah akan berkuatkuasa.

3) Peserta mempunyai hak membatalkan Hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana Hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (Qabdh).

4) Peserta mempunyai hak membatalkan Hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang.

5) Borang penamaan Takaful perlu diselaraskan dan dinyatakan dengan jelas sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang dimeterai.

Bagi produk2 Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan Hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang untuk menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Kesan daripada penggunaan akad Hibah ni ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tertakluk kepada pembahagian harta pusaka @ faraidh. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Oleh itu, Hibah ini sangat membantu untuk waris2 yang memerlukan sumber kewangan untuk menyelesaikan hutang piutang si mati dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Korang dah buat simpanan? Cukup tak simpanan korang untuk 7 thn ke depan? kalau belum Zara nasihatkan berkenalan lah dgn Takaful Ikhlas kerana Takaful Ikhlas serius boleh tlg korang.

Faham tak setakat ni, kalau tak faham. jom kita seatdown sama2, Zara akan bagi penerangan lebih details.

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

No comments:

Post a Comment