Monday, 5 September 2016

WAITING PERIOD TAKAFULo

Assalammualaikum. Hai semua,.

Hari ni Zara nak berkongsi sikit perkara yang biasa pemilik-pemilik polisi ni terlepas pandang. Apa dia ek. Ok, Zara akan terangkan.

Perkara biasa yang korang akan terlepas pandang berkaitan Takaful adalah "Tempoh Menunggu". Walaupun ejen sudah terangkan, tapi biasalah majoriti orang akan lupa.

Apa itu "Waiting Period"? Ia adalah suatu tempoh menunggu yang diberikan oleh pengendali takaful kepada para pencarum takaful sebaik sahaja polisi "approved", sebelum anda menggunakan kad perubatan anda.

Kebiasaannya tempoh adalah selama 120 hari, bermakna jika berlaku apa-apa sakit spesifik kepada pemegang polisi semasa tempoh menunggu, maka penyakit tersebut tidak akan dicover oleh syarikat.
"Waiting Period" ni wajib ada untuk memastikan pemohon benar-benar sihat ketika memohon. Adalah sangat tidak adil jika orang yang sudah sakit boleh juga memohon dan guna kad perubatan ini on the spot.

Untuk pengetahuan korang, sakit seperti batu karang, kanser dan lain-lain tak akan terbentuk dalam badan secara tiba2. Sebagai contoh, pada hari yg ke-125 client nak dapatkan rawatan berkaitan sakit batu karang, dan bila doktor siasat, penyakit tersebut sudah terbentuk 6 bulan. Ketika ini Guarantee Letter Takaful akan reject dulu dan syarikat akan siasat. Jika terbukti client tidak tahu apa-apa berkaitan sakit tersebut, maka syarikat akan membayar balik kos perubatan (Bergantung kepada kes).

Oleh kerana itu, semua ejen mempromosikan "Ambillah Takaful secepat mungkin kerana kita tidak tahu bila dugaan akan datang, dan ketika mana bila korang dah sakit, korang dah tak layak untuk memohon Takaful. 

Boleh faham tak setakat ni. Kalau tak berapa faham dan perlukan penjelasan lebih lanjut, jangan segan2 boleh hubungi saya, inshaallah kita set satu masa dan berjumpa. Saya akan kongsikan Medical Plan Takaful Ikhlas memang berbaloi. Nak tau kenapa.. 

Jom Hubungi Zara

<3 Happy To Care <3

Zara
Takaful Ikhlas Consultant
0111-7534946
Unit NineFive0
Al-Faisal Group

No comments:

Post a Comment